Khamis, 24 April 2014

MENJADI DEEJAY YANG BAGUS

Diberikan peluang untuk menyampai taklimat ketika kursus, ada yang bertanya apakah elemen yang terbaik untuk menjadi Deejay ( penyampai ). Memang benar perkara ini ada diajar dalam kelas komunikasi massa tapi selalunya akan di "skip" kerana yang memberikan penerangan tidak berada dalam bidang penyiaran. Saya bermula dari zaman " Sebaran Am" dimana bukan sahaja diajar mencari berita, tetapi untuk menapis berita menjadi isu,propaganda dan cerita, yang paling penting adalah "etika".. yang bukan sahaja bergantung kaedah penyampaian tapi lebih kepada budi dan berhemah. Zaman sekarang sudah tenggelam semuanya itu, pada hemat saya pihak kementerian perlu memasukkan subjek " Lesterasi Media" iatu belajar mengukur akan kebenaran sesuatu berita dan cerita. Berbalik kepada radio untuk menjadi yang bagus ada beberapa perkara asas tapi sebelum itu perlu diingatkan "DEEJAY YANG POPULAR ITU TIDAK SEMESTINYA BAGUS,TETAPI KEBANYAKKAN DEEJAY YANG BAGUS ITU AKAN POPULAR " Popular itu membawa maksud disenangi oleh pendengar yang terdiri dari berbagai golongan,bermacam ragam dan taraf pendidikan. Elemen penting ialah :-
1.Lagu.
2.Sound Effect.
3.Suara Deejay.

A.Lagu
Kebanyakkan stesen radio swasta telah menetapkan "genre" lagu untuk disiarkan, pemilihan lagu ini penting, kerana memberi kesan kepada stesen radio itu sendiri.Penerbit atau deejay kena memahami situasi dan suasana  ketika bertugas,  jika ini diambil kira dalam permilihan lagu tidak hairanlah ianya dapat diterima, ada yang berkata lagu2 rancak ketika pendengar memandu bagi mengelakkan mengantuk, sebenarnya teori ini tidak benar dalam psikologi, lagu menpengaruhi emosi, jika lagu yang rancak mengiringi pemanduan pendengar, maka akan berlaku ketegangan, tidak dapat bersabar ketika jalan "jem", mudah marah kepada pemandu yang lain, disarankan ketika ini lagu2 yang segar.. kerana irama rancak dan irama segar itu adalah sesuatu berbeza, jika deejay atau penerbit seorang bijak dan tahu situasi, susunan lagu akan dibuat pada asas "sing along" iatu pemandu akan turut menyanyi bersama dengan lagu yang disiarkan, Bagaimana perkara ini dapat dilakukan ?.... Perlukan kajian penempatan itu adalah kaedah yang terbaik, pemandu di lembah Kelang tidak sama permikiran mereka dengan pemandu di kawasan Pantai Timur.Perlu diingat permikiran itu bukan tahap pendidikan.
B.Sound Effect
Kesan bunyi memainkan peranan yang penting dalam elemen penyampaian seorang deejay, tak kiralah deejay pasaraya,rumah orang kahwin,pesta,karvival atau sebaginya, Deejay radio seharusnya memahami apa yang dimaksudkan dengan kesan bunyi, ianya bukanlah bunyi dari lagu atau alatan muzik, kesan bunyi adalah cara terbaik untuk pendengar terus kekal mendengarkan radio dan deejay yang bertugas. Dalam hal ini, saya pernah mendapat tunjuk ajar dari Dato Tahir Ramli, beliau merupakan seorang yang pernah bertugas dengan BBC.Dalam segi penyampaian kena ada faktor "W" iatu "wave" ada turun naik dalam penyampaian tidak terus mendatar dan menpunyai "rima" yang sama sepanjang jam tugasan.Kefahaman tentang faktor W ini bukan sahaja setakat belajar melalui pembacaan ianya perlukan praktikal.. Seorang penjual ubat atau jurujual lelong adalah mereka yang menpunyai faktor "W" yang baik, jika berminat boleh cuba curi2 tengok bagaimana mereka semuanya melakukannya, saya sememangnya berpengalaman dan pernah belajar dari mereka, tidak salah belajar dari orang yang tidak menpunyai pelajaran yang tinggi tapi banyak pengalaman dan luas pengetahuan.
C.Suara Deejay
Suara seorang deejay itu adalah anugerah dari tuhan, ada yang bersuara besar (tone) dan suara sedemekian jugalah yang sesuai, seorang pensyarah saya pernah berkata, jika kita mengendalikan suatu program di khalayak, bila sahaja kita bersuara orang terus memandang dan mencari-cari arah suara, itu maknanya suara kita menpunyai aura yang boleh memikat, suara yang bagus tidak perlulah terjerit-jerit seperti kebanyakkan deejay radio di waktu ini, jika kita menpunyai suara yang bagus,gaya penyampaian dan juga ilmu yang sentiasa digali, nescaya kita akan disukai ramai orang.
Dari Elemen tersebut lagu, sound,effect dan juga suara, gabungan kesemuanya akan menjadikan seorang deejay itu terbaik, kepetahan dalam berkata-kata, menyampai sesuatu dan orang faham dan jelas apa yang disampaikan, sebagai seorang deejay bercakap terlalu panjang dan banyak pun tidak bagus,langsung tidak bercakap pun tidak elok, pengalaman dan pengetahuan sahaja yang menjadikan seorang deejay menjadi baik dan bagus dari masa kesemasa.
Sekian................

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...