Rabu, 23 April 2014

PULAU BIDONG

Pulau Bidong
Suasana Pantai

Senja Di Pulau Bidong

Perjalanan Ke Pulau Bidong


Dari 18 Hingga 21 Hb April yang lalu saya berkesempatan untuk bersama dengan rakan-rakan media yang lain ke Pulau Bidong yang berada dalam daerah Setiu, berhampiran dengan Pulau Redang, Kami menaiki bot kesana dari jeti Merang. Pulau Bidong ialah stesen penyeledikan UMT, Kos untuk menyediakan kemudahan bagi tujuan itu hampir 3 juta, dan satu2 pusat penyelidikan marin kepunyaan Universiti tempatan.
Berada disini bersempena dengan Sambutan hari Bumi yang diadakan saban tahun sejak 13 tahun yang lalu, Penganjur utama ialah Yayasan Coral Malaysia dengan kerjasama UMT, Persatuan Nelayan, Jabatan Perikanan,Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Kementerian Pertanian.
Apa yang menarik minat dan persoalan dan menjadi topik perbualan serta perbincangan..ialah pencemaran yang diakibatkan oleh kegiatan perlancungan dan juga kaedah terbaik menghidarkan pencemaran, meminimakan kerosakan kehidupan laut oleh para nelayan.. Disebalik sana pulau, terdapat sangkar ikan yang antara lain tujuan ialah untuk komersial, dari aspek ekonomi memanglah baik, tetapi pencemaran dari makanan ikan tersebut yang harus difikir. Sememangnya kawasan Pulau Bidong tidak digazetkan sebagai Taman Laut, tetapi jika tidak dikawal dengan cara yang baik, Keindahan yang dipinjam dari anak cucu ini akan musnah, Bertepatan dengan hari bumi pihak YCM telah mencadangkan satu kaedah terbaik untuk mewujudkan " Ladang Terumbu Karang" dan para nelayan dipelawa bersama bagi menjayakannya kerana ianya boleh membantu mempertingkatkan pendapatan para nelayan.
Akhirnya satu persoalan yang timbul..... dan masih lagi difikir.. Pulau tersebut adalah milik kerajaan Terengganu manakala Perairan adalah milik Persekutuan... Jika tercemar siapa harus dipertanggungjawabkan????

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...