Selasa, 19 April 2016

APLIKASI PENCERAIAN.


Penceraian itu berlaku kerana tiada persefahaman,ada pro dan kontra dalam TINDAKAN tersebut dalah sesuatu perhubungan, kerana PERKAHWINAN itu bukan sahaja penyatuan DUA JIWA tapi ianya melibatkan HUBUNGAN keluarga. Tapi apakah dengan penceraian akan menamatkan segala kemelut dalam keluarga?.
Adakah anda bersetuju dengan langkah ini?

Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai 'MySolve'.Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata, aplikasi itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri bercerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.
Ia dibangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Perak yang boleh diakses menerusi mysolve.perak.gov.my.Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa'ari Mohd Yazid berkata aplikasi MySolve dibangunkan sejak Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. - Bernama


Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...