Sabtu, 30 April 2016

PERBEZAAN OTAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Sekiranya anda ada anak lelaki, ketika marah elakkan membebel dengan nada tinggi kerana cara kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan memahami sesuatu berbeza.

Seperti di dalam gambar, kanak2 perempuan mempunyai otak yang berselirat seperti spaghetti menyebabkan anak perempuan lebih mudah memahami apa yang ibu mereka bebelkan kerana otak mereka boleh proses banyak perkara dalam 1 masa. Berbanding anak lelaki, anak lelaki punyai otak berkotak2 seperti waffle. Otak anak lelaki hanya memproses 1 perkara dalam 1 masa dan fokusnya hanya pada 1 perkara.

Apa akan jadi sekiranya anda membebel sambil menengking dan memeking dengan nada tinggi kepada anak lelaki anda? Anak lelaki anda tidak akan faham 1 pon apa yang ingin anda sampaikan kepada mereka, mereka hanya akan dengar bunyi bising yang menyakitkan telinga tanpa memahami apa yang ingin anda sampaikan.

Kesimpulannya, apabila anda ingin menegur anak lelaki maka tenangkan dulu emosi anda, tegur dengan tenang dgn nada yang pelbagai supaya lebih difahami, dan ulang hanya 1 perkara apa yg ingin anda tegaskan hingga difahami.

Selamat beramal ^_^
Credit : Dr Ridzwan ayah Ainan Tasneem (Motivasi Hari Hari Jalinan Kasih SEDERAP 2016)

Tiada ulasan:

MAKAN LAJU RISIKO PENYAKIT JANTUNG,STROK,DIABETES

Rupanya cara kita makan pun boleh menjadi punca penyakit selain apa yang kita makan,baca artikel yang dipetik dari BERNAMA ini, mungkin bole...