Sabtu, 30 April 2016

PERBEZAAN OTAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Sekiranya anda ada anak lelaki, ketika marah elakkan membebel dengan nada tinggi kerana cara kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan memahami sesuatu berbeza.

Seperti di dalam gambar, kanak2 perempuan mempunyai otak yang berselirat seperti spaghetti menyebabkan anak perempuan lebih mudah memahami apa yang ibu mereka bebelkan kerana otak mereka boleh proses banyak perkara dalam 1 masa. Berbanding anak lelaki, anak lelaki punyai otak berkotak2 seperti waffle. Otak anak lelaki hanya memproses 1 perkara dalam 1 masa dan fokusnya hanya pada 1 perkara.

Apa akan jadi sekiranya anda membebel sambil menengking dan memeking dengan nada tinggi kepada anak lelaki anda? Anak lelaki anda tidak akan faham 1 pon apa yang ingin anda sampaikan kepada mereka, mereka hanya akan dengar bunyi bising yang menyakitkan telinga tanpa memahami apa yang ingin anda sampaikan.

Kesimpulannya, apabila anda ingin menegur anak lelaki maka tenangkan dulu emosi anda, tegur dengan tenang dgn nada yang pelbagai supaya lebih difahami, dan ulang hanya 1 perkara apa yg ingin anda tegaskan hingga difahami.

Selamat beramal ^_^
Credit : Dr Ridzwan ayah Ainan Tasneem (Motivasi Hari Hari Jalinan Kasih SEDERAP 2016)

Isnin, 25 April 2016

Mengapa Lelaki Suka Wanita Kurus

5 Sebab Mengapa Lelaki Suka Wanita Kurus

Kebanyakan Lelaki Inginkan Wanita Yang Kurus Ini Dipengaruhi Model2 Yang Semuanya Kurus belaka!! Selain Itu Apakah Faktor Utama Dan Kelebihan Wanita Kurus Dimata Lelaki??

Berikut Adalah  5 Sebab lelaki suka wanita kurus

1. Wanita Kurus  Lebih Seksi

Kalau Anda melihat bahagian pinggang ke pinggul Wanita, seorang wanita yang kurus mempunyai Bentuk Dan ukuran badan Berbentuk (curve) Seperti Jam Pasir yang sempurna. Semakin sempurna ukuran bentuk badan mereka, mereka akan Kelihatan lebih seksi.

2. Wanita Kurus  Lebih Seksi bila Bab Berpakaian.

Wanita Yang berbadan kurus  Seperti Kerengga akan kelihatan seksi dan mempunyai daya tarikan sensual yang kuat sekiranya merekaMemilih  pakaian yang sesuai. Kaum lelaki suka berdampingan dengan wanita kurus sekiranya wanita tersebut mempunyai payudara yang besar dan mempunyai pinggang yang kecil.

3. Wanita Kurus Mudah Untuk Didukung

Kaum lelaki merasakan wanita Yang berbadan Kecil Dan kurus lebih mudah untuk diangkat atau didukung. Ini merupakan salah satu alasan utama kaum lelaki mengapa mereka lebih sukakan wanita kurus, berbanding wanita Cubby.

4. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Langsing.

Terdapat  perbezaan antara kurus dan langsing. Wanita yang kurus mempunyai berat badan yang kurang untuk mempamerkan aset mereka seperti payudara dan punggung, manakala, wanita yang langsing mempunyai badan yang sihat dan memiliki ukuran badan yang sempurna Persis seorang model.

5. Wanita Kurus Lebih Fleksibel Di Tempat Tidur.

Wanita kurus dan langsing mudah di atur ditempat tidur berbanding wanita Berbadab Besar. Jika anda inginkan wanita anda nampak mengancam di tempat tidur, cari lah wanita yang berbadan kurus

Khamis, 21 April 2016

ASMARA ORANG PENCEN

ORANG PENCEN

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

USIA DIMAMAH MASA

PUISI UNTUK USIA SENJA
(Khadijah Hashim)

Kita..
adalah..
Warga setengah tua..
Sisa2 pesona masih ada...
Dibalut keriput yg mulai ketara...
Senyum indah masih tersisa...
Canda ceria juga masih ada...
Muzik2 lama jadi teman setia...
Dulu Belajar bersama-sama..
Namun jalan hidup ber-beda2...
Menjelang tua,
Whatsapp mempertemukan kita
Sambil mengenang masa muda yg pernah ada...
Mari kita nikmati masa ini bersama-sama..
Sebelum satu demi satu kita tiada...
Sebelum yg nyata ini menjadi fana...
Terima kasih saudaraku di masa muda...
Terima kasih saudaraku di masa menjelang tua...
Yang saling memaafkan  dan mengerti arti persahabatan di usia senja.

Semoga tetap sehat, sejahtera dan bahagia...
moga selamat di mana saja anda berada......

Selasa, 19 April 2016

APLIKASI PENCERAIAN.


Penceraian itu berlaku kerana tiada persefahaman,ada pro dan kontra dalam TINDAKAN tersebut dalah sesuatu perhubungan, kerana PERKAHWINAN itu bukan sahaja penyatuan DUA JIWA tapi ianya melibatkan HUBUNGAN keluarga. Tapi apakah dengan penceraian akan menamatkan segala kemelut dalam keluarga?.
Adakah anda bersetuju dengan langkah ini?

Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai 'MySolve'.Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata, aplikasi itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri bercerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.
Ia dibangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Perak yang boleh diakses menerusi mysolve.perak.gov.my.Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa'ari Mohd Yazid berkata aplikasi MySolve dibangunkan sejak Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. - Bernama


GURU TERBEBAN TUGASAN PENTADBIRAN


RAMAI beranggapan, tugas sebagai guru hanyalah untuk mendidik anak bangsa di sekolah. Hakikatnya kerjaya sebagai guru kini semakin mencabar dengan tugas mereka bukan lagi sekadar mengajar.

Antara isu yang dikatakan membelenggu guru hari ini adalah beban tugas pentadbiran, terpaksa menjalankan tugas ibu bapa selain tanggungjawab hakiki sebagai pendidik. Bahkan, malah terpaksa menggunakan wang sendiri untuk aktiviti pelajar di luar sekolah.

Cabaran guru masa kini yang ternyata berbeza dengan persepsi sebahagian besar masyarakat. Isu ini turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Pada 12 Mac lalu, Ahmad Zahid menegaskan guru-guru di negara ini tidak seharusnya dibebankan dengan kerja pentadbiran, sebaliknya menumpukan usaha ke arah akademik dan kerohanian.

Beban tugas guru terutamanya yang berkait dengan pentadbiran selain mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ia juga menyebabkan persediaan sebelum mengajar tertangguh.

Seorang guru sekolah menengah di Ipoh, Perak, Helmi Fazlin Baharim, 40, berkata apabila tugas pentadbiran lebih banyak berbanding tugas hakiki, ia boleh memberi kesan kepada kualiti pembelajaran dalam kelas.

Kecewa

“Ramai beranggapan tugas guru mudah tetapi hanya mereka bergelar guru sahaja memahami. Lebih kecewa apabila sistem baharu secara dalam talian dilaksanakan, contohnya data pelajar, dua tiga proses perlu dimasukkan sedangkan maklumat itu adalah sama.

“Sepatutnya sistem yang dibuat perlu diselaraskan. Kadang-kadang bila ada perubahan dalam sistem pendidikan, contohnya PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) yang diperkenalkan di sekolah rendah pada 2011, banyak benda guru kena lihat balik jadi macam sia-sia kerja sebelum ini,” katanya. Sependapat dengan Helmi, guru ekonomi di sekolah menengah di Klang, Selangor Raudhah Sharan, 30, berkata, guru-guru terpaksa menggunakan masa terluang di sekolah untuk membuat kerja pentadbiran yang sama dan berulang kali, sehingga kadang-kadang mereka tidak sempat hendak membuat persiapan mengajar.

“Bila balik ke rumah kena buat persiapan mengajar sampaikan tiada masa untuk keluarga dan diri sendiri,” katanya yang sudah lima tahun berkhidmat sebagai guru.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata, isu guru dibebankan dengan kerja pentadbiran sering menjadi keluhan dalam kalangan warga pendidik.

Walaupun pelbagai kajian dan perbincangan telah dibuat namun beliau berkata masalah tersebut masih berlaku dan paling dikesalkan ia seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

“Isu ini sudah banyak kali dibangkitkan akan tetapi tiada tindakan. Apabila tiada tindakan ini akan melemahkan semangat guru-guru untuk menjalankan tugas hakiki mereka” katanya.

Dalam pada itu, Hashim turut menyentuh mengenai sikap segelintir ibu bapa yang meletakkan ‘tanggungjawab’ ibu bapa sepenuhnya kepada guru-guru malah ada yang mempertikaikan kemampuan guru dalam mendidik anak mereka jika anak mereka gagal.

“Guru kini sudah tidak mempunyai kuasa (penuh) untuk mendidik anak-anak mereka kerana jika ‘tersentuh’ sedikit sudah pasti ibu bapa akan melenting dan memarahi guru,” katanya

Bagi Prof. Madya Muhammad Faizal A.Ghani dari Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), beban tugas yang tinggi boleh menyebabkan golongan guru kurang bermotivasi untuk mencapai prestasi cemerlang.

Katanya, dalam hal ini guru juga harus tahu cara untuk menangani tekanan dan beban tugas itu.

“Hal tersebut boleh mengganggu tahap kompetensi dan kehidupan berkeluarga guru. Misalnya, program perkembangan profesionalisme guru (latihan profesional), kebanyakan program diadakan pada hujung minggu dan ini menyebabkan guru tiada masa bersama keluarga,” katanya.

Muhammad Faizal berkata, dalam usaha meningkatkan lagi mutu pendidikan, budaya kolaboratif melibatkan kerjasama pelbagai pihak sangat penting. Katanya, ini bagi memastikan proses P&P di peringkat sekolah berjalan lancar sekali gus dapat memantapkan profesionalisme guru di negara ini.

“Kerjasama itu melibatkan pihak berkepentingan dalam pendidikan seperti kerajaan, sekolah dan guru selain sokongan ibu bapa,” katanya.

Masyarakat juga boleh memainkan peranan membantu pihak sekolah untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid. Misalnya, ibu bapa berkepakaran dalam sesuatu bidang memberikan sokongan moral dalam aspek kepakaran dan tenaga.

Pembantu guru

Negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat sentiasa mengutamakan kebajikan dan memberi sokongan kepada guru kerana bidang pendidikan adalah penyumbang kepada pembangunan insan dan negara.

“Di Amerika Syarikat tugas guru hanya mengajar, kerja-kerja pentadbiran dilakukan oleh pembantu guru misalnya mengambil rekod kedatangan pelajar, mengutip bayaran yuran sekolah dan mencatat minit mesyuarat,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk, Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, langkah menempatkan pembantu guru yang dilaksanakan di bawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG), dilihat sangat membantu dalam meringankan beban guru secara komprehensif.

Di bawah inisiatif itu, pembantu guru yang terdiri daripada Pembantu Tadbir (Pentadbiran/Operasi) Gred N17 (PT N17) dan Juruteknik Komputer Gred FT17 (JK FT17) ditempatkan di sekolah untuk mengurangkan beban tugas operasi dan pentadbiran serta teknikal ICT Guru Tugas Khas iaitu Guru Data (GD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru Penyelaras Bestari (GPB).

Setakat ini, hanya Melaka dan Kedah terlibat dengan projek rintis itu. – Bernama

Isnin, 4 April 2016

BINATANG ITU BUKAN "NATE"

Walaupun sy Berasal dari Pahang dan mampu menggunakan dan memahami loghat daerah di Pahang tetapi apabila bertugas di Kelantan, ada beberapa perkataan yg saya anggap kasar pada permulaan, lama kelamaan menjadi biasa kerana sy ramai kawan yang pekat loghat Kelantan.

"Nate" dan Klate dop leh dipisah.

Nate nuh....
Nate ni...
Nate apow arrr...
Nate tu arr..
Nate manow plk tu....
Kemah nate ni....
Jupow manow nate tu....
Hok nate tu arr...
Basow nate sumggoh...
Orr semak jetak nate ni...
Comel nate ni...
Semak molex nate ni....
Mung beli manow nate ni...
Nate tu la hok soro sedap tu...  dan bermace2 nate lagi...
Adow 32 klosa kata utk nate..
Jadi jgn maros kalu dngar org klate sebut 'nate' sebab bukan semuanya maksud dop molek...
Kade² pujie pun panggil nate jgk..
Skru pun kade² keno panggil nate...
"kemah nate ni "Sekie trimo kasih......

Peribahasa Melayu berbunyi ..
"Menatang minyak yg penuh"
Peribahasa oghe klate ..
"Menate minyok naik pulok"

Ahad, 3 April 2016

MISTERI DAN RAHSIA CIKGU SHAARI

"Hari-hari cikgu tidur,jom kita main" tetapi disebalik tu..ada yg tersirat

10 misteri kebaikan Cikgu Shaari berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan...

1.Walaupun Cikgu Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid.
* cikgu kini bukan saja takat tidor kadang2 tak masuk kelas pun.

2.Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik guru besar.
* sekarang kita sering mendengar seorang guru dimarahi oleh guru besar didepan murid.

3.Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain.
* guru sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh harta kuasa dan ego masing2.

4.Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru.
* guru sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.

5.Cikgu Shaari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah.
* guru sekarang tidak lagi menghiraukan etika berpakain semasa berada di sekolah.

6.Semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa keputusan mesyuarat.
* guru sekarang akan membantah sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya.

7.Cikgu Shaari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa.
* kebanyakkan guru kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas.

8.Sebelum pergi ke sekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang sarapan yang seimbang pada waktu pagi.
* guru sekarang suka mengambil sarapan yang berat diwaktu pagi dan banyak menghabiskan masa di kedai kopi @ kantin.

9.Cikgu Shaari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya  ke sekolah.
*guru sekarang terbawa2 masalah di rumah ke sekolah yg jadi mangsanya adalah murid.

10.Akhirnya Cikgu Shaari menjadi guru yang berjaya..mana tidaknya di akhir cerita dia menjadi guru besar.

Walaupun satu keburukan yang hanya kita nampak...tetapi banyak mesteri pengajaran yg.perlu kita ambil...itulah masej sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kepada generasi kini.

Itulah dia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Falsafah dan karyanya mendahului zamannya.

CATATAN SEORANG LELAKI.

Mungkin catatan ini ada unsur 18sx tetapi begitulah,lebih baik jujur dari menjadi hipokrit.Zaman sekarang semua perkara mahu dikongsikan di ...