Isnin, 4 Februari 2013

AKU PUN SAMA

Kekadang menjadi seorang penyampai radio ini, tidak dapat lari dari menerima kritikan dan juga pujian, ada juga kekadang kritikan itu boleh membina dan menjadikan kita lebih baik, dan kekadang juga boleh melemahkan semangat, terus-teranglah untuk menjadi seorang yang bagus sebagai penyampai radio memerlukan pemikiran yang kreatif serta kritis dalam apa jua isu dan juga harus peka dengan keadaan sekeliling supaya kita mengetahui dengan apa yang berlaku, jangan sampai ketinggalan.
Ramai yang beranggapan bahawa penyampai radio ini perlu tahu mengenai artis, tetapi hakikatnya tak perlu sangat, cukuplah sekadar kita mengenali melalui lagunya, tak perlulah diikuti cara hidup atau gosip2 mengenainya.
Dimana jua penyampai radio bekerja, perlulah mengikut arus yang perlu dibawa oleh pihak pengurusan, dengan kata lain ikut cakap pengurusanlah, kerana kita dibayar untuk untuk itu.Apa yang hebatnya menjadi seorang penyampai radio?... hebatnya mungkinlah tidak seberapa, cuma yang menjadi rasa dihargai apabila, kemunculan suara dan telatah kita dinanti-nantikan.. Ramai juga yang cuba menyasarkan golongan tertentu, tetapi ramai yang tidak cuba mengkaji golongan atau peringkat umur yang mengikuti kita, atau tidak cuba menyelidiki peringkat profesinalisme pendengar mereka, apa yang pasti yang mendengar memerlukan sesuatu yang membuatkan mereka terhibur, terlalu banyak sangat bercakap membuatkan pendengar naik mual dan muak, terlalu sikit pula dikatakan tidak punyai idea.
Bagi memenuhi segalanya memang tidak termampu, cukuplah sekadar kita lakukan sesuatu kerja itu dengan hati yang suci, atau kata lain gembira dengan kerja yang kita lakukan. Tidak ramai yang mampu meninggalkan masalah mereka ketika bekerja, tapi itulah yang harus dilakukan oleh seorang penyampai, mereka perlu gembira dan ceria ketika diudara, bukan menceritakan hal pribadi kepada pendengar, sebolehnya cerita pribadi tidak perlu dijaja walau apa jua bidang kerja kita kerana ianya dikhuatiri boleh menganggu prestasi.
Pantang bagi mana2 pekerja ialah mendedahkan kelemahan majikan walaupun dengan orang luar walaupun tidak berpuashati, ada saluran tertentu yang boleh digunakan.
Ragam pendengar radio ini perbagai, ada yang suka nama mereka disebut-sebut oleh penyampai, ada juga yang cuba menpengaruhi dengan perbagai cara.Semuanya harus ditangani dengan cara berhemah, kerana kita tidak tahu dan tidak kenal siapa mereka, jika ada yang menpunyai sentuhan pribadi, maka penyampai seharusnya tidak terlalu emo. kena layan sama rata.
Apa yang penting bila kita bersuara di corong radio... tiada yang "off" siaran kerana suara yang hancur dan tidak menepati syarat sebagai seorang penyampai.Sekarang ini sudah menjadi trend bagi setengah penyampai radio terjerit-jerit.. sebenarnya itu bukan kaedah yang baik...
Dengan kepesatan media massa kini, ada jua yang semakin gila "glamour" tetapi semuanya itu tak kekal lama, kepada yang berminat untuk menjadi seorang penyampai, mantapkanlah mutu penyampaian bukan menyentak diri dengan perbagai jualan cerita pribadi untuk menarik orang..jangan sampai orang meluat................. TQ



1 ulasan:

Aku Anak Pahang berkata...

Salam, apapun jua yang kita lakukan ttp ada pro dan kontranya, ttp ada yang memuji dan mengeji. Paling penting kita ada keyakinan diri. Penting utk kejayaaan melihat masalah itu sebagai satu peluang dan bukan penghalang. Semoga berjaya.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...