Ahad, 10 Februari 2013

POLITIK VS AGAMA

" SETELAH LAMA MENCARI AKHIR AKU TEMUI APA ITU AGAMA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN POLITIK DAN TIDAK BOLEH BERPOLITIK DALAM AGAMA "
Memang ungkapan itu mudah untuk dibaca tapi sukar untuk ditafsirkan, setelah sekian lama aku mengikuti ciri ceramah dan bertanya, namun jawapan yang diberikan mereka bukannya tidak betul tetapi akal aku tidak dapat menerima, mungkin kerana aku bertanya atau mengikuti perkembangan oran gyang menpunyai kepentingan dalam sesuatu perkara, dengan cara mudah faham.. nak cari makan.. aku sebenarnya bukan untuk cari makan tapi untuk memahami, dan mencari maksud yang mudah yang pernah aku baca dalam sebuah kitab tafsir yang ungkapan itu pernah diungkapkan oleh Saidina Omar R.A..
Selama mana aku mencari tidaklah aku kira dengan "detail" tetapi cukup akau katakan memang lama bagi aku,
Akhirnya pada petang tadi aku menjumpainya dengan seorang Guru yang mahir dalam bahasa arab iatu nahu arab, dia menerangkan dengan detail apa maksud tersebut dan aku memahami bahawa sebelum ini apa yang didakwa oleh mereka sebagai Tok Guru tidak benar.. bila bercerita perihal Tok Guru, aku pernah beberpa bertemu bual dengan beliau, beliau seorang yang baik dan mempunyai pandangan dalam sudut agama yang agak baik,namu aku tidak lah membahasakan dirinya Tok Guru, walaupun beberapa kali aku diarahkan oleh pembantu pribadinya memanggil tok guru, namun bagiku yang menpunyai prisnsip dan agak dangkal dalam pengetahuan ini... Tok Guru hanya aku panggil jika aku belajar ilmu agama ( akhirat ) atau ilmu dunia.. jawapan ku mudah aku tidak pernah belajarpun dari beliau cuma menemuramah, sebenarnya orang yang dipanggil tok guru itu tidak pernah nak mendabik dada dia adalah tok guru, tapi pengikutnya dah terlalu taksub, aku juga tidak pernah untuk menyalahkan pengikutnya kerana mereka jua punya alasan yang tersendiri dan pasti ada fakta yang mendokong hujah meraka, cuma satu perkara yang aku pasti.. kekadang orang yang berkepentingan ini akan melakukan apa saja demi " Cari Makan ".
Makna tersirat disebalik kata diatas telah aku perolehi jadi lengkaplah sudah pencarian aku dalam bab ini, namun begitu selagi akau bernyawa, aku tidak akan berhenti dari belajar dan terus belajar..
Tergerak hati untuk aku menghadiri majlis maulid telah menemukan aku dengan satu jawapan yang dicari..Sekian........

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...