Jumaat, 1 Februari 2013

TERUSKAN USAHA

"ORANG YANG BERJAYA ITU ADALAH DARI KALANGAN ORANG GAGAL TAPI TIDAK JEMU BERUSAHA, MANAKALA ORANG GAGAL ITU ADALAH MEREKA YANG JEMU UNTUK BERUSAHA"............mungkin telah terbiasa mendengar atau membaca ungkapan ini..tetapi berapa ramai yang betul2 memahami dan cuba menghayati maksudnya.. adakah ianya sekadar ungkapan yang hanya bacaan mulut dan tidak cuba untuk menyelongkar maksud sebenar...
Berjaya adalah satu keputusan yang mengembirakan, bagi orang memperolehinya atau pun yg berada disekeliling pada keputusan tersebut.
Gagal pula merupakan satu keputusan yang membuatkan orang tidak gembira, sedih dan juga rasa malu dan mungkin jua akan rasa terhina.
Jemu pula ialah satu perasaan yang memualkan, rasa serik atau rasa kecewa, seringkali jemu itu dikaitkan dengan sikap atau cara permikiran, tiada istilah jemu dalam makan, kerana ianya ada hak asasi manusia, manusia akan melakukan apa saja tanpa rasa jemu untuk mendapatkan makanan...
Berusaha adalah sifat yang inginkan melakukan sesuatu perkara itu lagi dan lagi tanpa henti2. seumpama kita menghirup nafas... kita tidak akan berhenti kerana itu merupakan nadi pada hayat..
Apa yang saya perkatakan diatas ialah hanya sekadar makna biasa biasa yang mungkin tidak mendatangkan apa2 makna bagi sebahagian orang..TQ....

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...