Jumaat, 22 Februari 2013

MELAYU .... ME LAYU

Sekarang ini dimana-mana akan kelihatan bendera atau panji-panji dari parti politik yang terdapat di negara ini, suasana yang seakan mengambarkan bahawa Piliharanya Umum akan diadakan dalam bulan ini, dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, kawasan atau Negeri yang begitu sinonim dengan diriku, memang meriah dengan bendera parti, dan pelbagai slogan akan terpampang, tujuannya hanyalah untuk menarik perhatian dan ianya penuh dengan warna-warni.
Begitu juga dengan rentak warna-warni kempen, semuanya cuba mencari sesuatu, dan mencuba untuk memenangi hati para pengundi, daripada mengungkit kisah sejarah, sehingga kepada ketelusan badan yang bertanggungjawab, semuanya dijadi agenda dan cuba diangkat menjadi isu... apa sahaja perkara akan cuba dipolitikkan atau cuba mengalih minda pengundi untuk menyokong mereka, Persoalan yang selalu timbul dipemikiran aku ini, APA YANG DAPAT YE????.... apa faedah dan untungnya mereka yang menjadi pencacai politik... dari segi moral dan nilai... apa yang mereka perolehi... berbanggakah mereka apabila berjaya memecahbelahkan perpaduan...
Apabila bercerita berkenaan bangsa, sebenarnya bangsa aku ini... melayu.. terlalu lemah dari penilaian, terlalu sensitif dengan isu-isu yang meremehkan, hati mudah tercalar dan juga hati muda terpaling dengan hanya sedikit kebaikan, mudah sangat digula-gulakan.... mungkin asuhan dari kecil, kalau boleh buat itu dan ini akan mendapat hadiah pemberian ibubapa, ataupun dapat menonton siaran kegemaran.. itu salah satu ajaran gula2 yang sejak dari kecil telah diajarkan.
Pemimpin dan kepimpinan dari segi pentadbiran terlalu lemah, lemah dalam konteks  perasaan, kalau tegasnya seperti singa tapi dalam masa seakan memijak semut, penuh dengan ketakutan.. jarang ku jumpa mereka yang mentadbir menpunyai pendirian jitu, lemah dalam menghadapi cabaran, terlalu kuat bermain dengan emosi.................................... itu sebenarnya yang terjadi.... sejak dari dulu... emosi berkenaan kepentingan diri, mengatasi segalanya.... sebelum menyerang Tanah Melayu Selama 5 tahun pasukan risik jepun telah menghantar pasukan oerisik mereka mengkaji kelemahan dan kekuatan bangsa melayu..." HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR HUTANG BUDI DIBAWA MATI".......... hutang budi..... itulah sebenarnya kelemahan yang paling ketara dan sindrom cuba membalas budi menjadi aset penting bangsa lain menjatuhkan dan melemahkan orang melayu... Aku hanya memerhati dari sudut luaran tidak seperti mereka yang pakar dan mahir dalam manusia dan kemanusiaan...sekian

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...