Jumaat, 22 Januari 2010

ADUHAI....LAMA KE BARU...

Selera manusia ni selalunya menjuruskan pada yang baru-baru.Apabila sesuatu itu telah lama dimiliki mulalah berkira-kira nak menukarnya.Soal yang lama telah banyak berbakti tidak timbul dan tak ambil peduli pun dan yang sedihnya sudah dianggap tak berguna dan mereka tenggelam dalam keserakahan nafsu nak menukar dan mengganti.Mungkin mengambil iktibar dari lumba lari berganti-ganti..yelah takkan sorang jer yang nak penat kan?..
Amat benar dan tidak disangkal lagi bahawa minat kepada yang baru membawa penemuan perkara-perkara yang baru.Columbus menemukan dunia baru,kerana minat tersebut jugalah adanya penemuan-penemuan dan kaedah terbaru dan canggih..Siapa ye yang bertemu dulu dengan kampung baru?....
Walau apapun bagi aku,dalam apa jua keadaan dan situasi,keghairahan menukar kepada yang baru ini kekadang membawa banyak masalah baru yang mungkin mengusutkan lagi masalah-masalah lama.Sebagai contoh orang nak berkereta baru ataupun berbini baru terpaksa bermuka buruk sepanjang tahun dan berjalan dengan muka mengheret tanah.
Memelihara sesuatu yang lama itu lebih afdal sebenarnya dari terkejar-kejar pada yang baru,bunyinya macam pasif,tapi itulah hakikatnya,kalau diperbaiki,sentiasa diserbis,digilapdijaga dengan betul-betul ianya akan terus berguna dan bertambah nilainya,,lagi-lagi bila dah dikategorikan sebagai antik..Fuyooo...mahal tu!!!..Apa kata pas ni korang try mengorat mak-mak janda ataupun pakcik duda lak...
Benda-benda yang baru ini bukan saja membabitkan kos tambahan,malah ianya melibatkan kesan psikologi jika dibandingkan dengan benda lama,Kalau kereta baru eksiden,pasti tuannya tak senang duduk berbandingkan dengan tuan kereta yang lama.Rasa suami, yang isteri barunya lari dari rumah, tak sama dengan rasa suami yang isteri tuanya lari..dan yang lebih pentingnya yang baru itu belum tentu tahan lama berbanding benda yang lama yang memang sudah teruji akan ketahanannya.Kalau tak tahan masakan ia dipanggil lama.
Sama-samalah kita mengingati dan menginsafi diri supaya berhati-hati sebelum tertarik untuk menukar apa-apa, jangan ghairah dengan "barunya" Ingatlah bahawa nasi tidak menjadi lauk, semata-mata kerana kita menukar periuk".Kalau nak menukar bini,,ingatlah masa barunya,,..kerana kita jugalah menjadi yang baru itu kepada yang lama..Oleh yang demikian kita ini bukan lama duduk didunia..Ehh..dah lama ke membacanya..sampai disini barulah anda berhenti...sekian..

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...