Rabu, 20 Januari 2010

GURUKU..huhuhuhuhuhu

SEMUA ORANG ADA GURU MASING-MASING, KERANA GURU KITA BERJAYA PADA HARI INI, GURU TIDAK PERNAH MENGUNGKIT ATAU MENDABIK DADA PERIHAL KEJAYAAN KITA PADA HARI INI.

Pasti ramai yang terimbau kenangan zaman sekolah, Zaman belajar untuk ilmu, zaman yang terlalu banyak cerita dan peristiwa.Dedikasi ini untuk semua guru,pada mereka yang menjadi guru sekolah..dan juga tukang kebun sekolah..sebab tukang kebun sekolah nie macam guru jugak ,tak tipu nyer..Kepada adik-adikku mendengar aku masa bertugas..timbalah ilmu tu dengan serajin-rajinnya..Jangan kupa bagi cikgu hadiah ye!! Sebab kalu kita timba air pun kena bayar sekarang ni..apalah lagi kalau nak timba ilmu.Bercerita pasal guru ni..Ingatan aku kepada guru yang pernah mengajar aku..Sampai sekarang aku ingat.,berikut adalah senarai guru yang aku ingat..

Antara Guru Yang Membimbingku.

YANG PERTAMA-TAMANYA.
Guru besar sekolah,masa aku darjah satu.Cikgu Hashim namanya.Sihat orang nyer..Tubuh macam buah tembikai ( Tang perut lah)..Pandangan jauh dari belakang sebijik sinaran suria pagi..ada tiga sebab kenapa aku ingat sangat kat dia ni.
i. Hari pertama sekolah,tiga kali aku tengok dia,tiga kali aku terkencing..
ii. Hari Kedua Sekolah,Dua kali aku tengok dia,dua kali aku terkencing
iii.Hari ketiga sekolah aku payah nak kencing,jadi aku cari dia..senang je nk kencing you!!!

YANG KEDUA-DUA
Guru kelasku masa Darjah 4.Cikgu Hamidah namanya,orang kelantan.Peh!!! masa tu aku rasa tiada makluk yang secantik dia,kerana dia aku banyak makan dan kerana dia aku berdoa siang dan malam supaya cepat besar,Tiga sebab kenapa aku jadi begitu:-
i. Aku nak bertunang dengan dia
ii. Lepas tu aku nak ajak dia kahwin.
iii.Lepas tu aku nak kurung dia dalam rumah supaya dia tak payah pergi mengajar dan aku tak perlu pergi kesekolah hehehehe.. 

Guru yang baik sentiasa disayangi.


YANG KETIGA-TIGA
Cikgu Rosni.Guru Bahasa Inggeris masa aku darjah 5.Dia ni gila barang kemas,Lengan kiri kanan,telinga,jari, semernya berkilau. Ada dua perkara sebab aku ingat kat dia ni.
i. 3 kali aku ikut emak aku pergi kedai emas, 3 kali jugaklah aku terserempak dengan dia.
ii. 5 kali aku ikut ayah pergi kedai pajak gadai. 5 kali jugaklah aku bertembung dengan cikgu nie,,rupanya dia pun sengkek macam ayah aku jugak.

YANG KEEMPAT-EMPAT
Cikgu rahim,Guru kelas masa aku darjah enam.Dia ni kiranya termasuk dalam golongan lelaki yang bertuahlah,apa taknya dia ada empat isteri.Sebab aku tak boleh lupakan dia.
i. Satu hari tu.isteri pertama dia ikut dia kesekolah,kemana dia pergi.isteri dia akan ikut sampaikan ke dalam  kelas..duduk sebelah aku pulak tu..
ii. Satu hari yang lain pulak,isteri dia yang kedua dan ketiga wrestling kat padang sekolah,,satu sekolah dapat tengok gusti free..Eeee..orang prempuan ni kala dah bergusti memang tak ada nilai kesopanan langsung.Buat malu kaum jer..Terselak sana sini..kurap panau dijadikan bahan pameran..
iii.Yang terakhir, isteri pertama,kedua dan keempat berperang kat kantin sekolah,isterinya yang no.2 intai-intai dari luar pagar sekolah..Cikgu rahim???..dia mengintai dari tandas guru..Nasib badanlah cikgu weh..Tak ada penyakit cari penyakit.


Guru bukan sahaja membimbing malah menyuluh jalan.


YANG KELIMA-LIMA.
Guru Disiplin masa aku Tingkatan Dua.Cikgu Mokhtar namanya..Garang weh!!..antara sebab kenapa aku ingat sangat kat dia.
i. Dia jirus aku ngan air stoking, sebab tak pakai stoking.
ii. Dia kena pulas telinga ngan bini dia sebab minum kat kedai timah janda
iii. Anak Dia cantik..Masyukk r..hari-hari dia suruh aku cuci longkang rumah dia,aku sanggup,,yang penting boleh usha anak dia yang comel ( Aku dan pandai menggatal hahahahaha)

YANG KEENAM-ENAM
Guru Matematik tambahan masa Tingkatan Lima,Rokiah namanya,dia ni pula suka berniaga,hari-hari ada saja benda yang dijual dalam kelas,Perkara yang menyebabkan aku teringat kat dia:-
i. Dia cantik.
ii. Dia selalu cubit perut aku
iii. Laki Dia…Sebijik macam Doraemon.

Kemahiran hidup perlukan guru.


YANG KETUJUH-TUJUH.
Cikgu Manaf,Guru Fizik masa aku Tingkatan Enam..Dia nie gila politik..Apa saja yang keluar dari mulut dia mesti pasal politik..semer benda dan perkara tak kena je..Sebab aku ingat sangat kat cikgu ni:-
i. Satu hari sedang dia tidur dalam kelas,pengetua masuk berdiri disebelah meja dia.
ii. Suatu hari yang lain pula,baru jer dia nak menelungkupkan mukanya untuk tidur,guru penolong kanan duduk sebelah meja..terkantoi tak boleh tidur..kita orang pun sama jugak...
iii. Masa hujung tahun dia letak jawatan,bertanding dalam pilihanraya kawasan aku,undi yang dia dapat???ek..eleh!!!macam undi budak sekolah dalam je..hehehe nak politik.sangat .hilang duit pertaruhan lumba kuda..Kelakar jer..ada keje elok-elok tak bersyukur
Biar siapa dan bagaimanapun kita,yang pasti kita tak akan terlepas dari berguru,tidak kiralah guru sekolah rendah,menengah,sekolah memandu,silat,..Kalau pun tidak berguru dengan hantu syaitan kita akan berguru dengan alam sekeliling,setiap perguruan dah tentu akan meninggalkan kenangan,Itulah kenangan aku…

YANG KELAPAN...
He..he..rahsialah..nak tahu jugak ker?...aku nak mengorat cikgu hahahahaha.....

Sayang cikgu................ sekian.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...