Isnin, 11 Januari 2010

AKU DJ AMIEY

Nak tergelak pun ada..kekadang sakit hati pun ada jugak..tapi nak buat camana kehidupan harus diteruskan dan cabaran itu haruslah ditempuhi..dan aku masih lagi di sini meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio ( DJ ) di Manis.FM..Sejak kebelakangan ini tawaran datang mencurah-curahlah pulak...emmm kalau fikirkan duit dah lama cabut ,selagi boleh, aku mahu bertahan disini , aku kesini dulupun kerana nak lari dari kesibukan kotaraya yang amat menyesakkan kepala otak.

Aku seronok bekerja disini kerana "rating" bukanlah menjadi keutamaan sangat dan bagi aku, tiada tekanan langsung walaupun kekadang aku tidak berapa setuju dalam sesetengah perkara,tapi biasalah sebab aku dulu pernah bekerja dengan orang yang mementingkan kesempurnaan, setiap perkara ada fakta dan juga angka jadi perkara itu mungkin menpengaruhi cara aku berfikir.

Aku amat beterima kasih dengan teguran dari rakan-rakan lama dan juga rakan media yang sentiasa memberi kritikan, cuma lagi,aku tak sampai hati nak sampaikan kritikan mereka ini kepada rakan setugas yang lain, maklumlah, bukan semua orang boleh menerima kritikan. Adalah juga dulu aku cuba-cuba untuk menegur agar mereka membaiki kaedah dan cara,,tapi aku yang kena sindir hehehehe..sabar ajelah...bila kena ayat " Macamlah kau tu bagus sangat" terus terkedu hehehehehe...

Teringat kembali pesanan Ibu Fauziah Nawi sewaktu menghadiri satu bengkel di Sebuah Dewan di Kuantan pada tahun 2005..untuk menjadi seorang penyampai radio yang bagus kena ada beberapa faktor, semua orang boleh bercakap tapi tidak semua yang bercakap itu boleh bertutur dengan baik..Seorang penyampai radio yang bagus tidak semestinya popular tetapi seorang penyampai yang popular itu pastinya dari kalangan orang yang bagus..Banyak kriteria sebenarnya yang perlu ada,selain bakat dan minat.

Walau apa sekalipun aku masih lagi dsini..Di Manis FM..Bersiaran untuk sebahagian dari kelantan,sebahagian di Trengganu dan beberapa kawasan di Negeri Kelahiranku Pahang Darul Makmur.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...