Jumaat, 8 Januari 2010

RENUNG-RENUNG ,TENUNG-TENUNG

Salam semer..ermm rasanyanya nya nak mencoretkan sesuatulah tapi x tahulah apa ye???Tapi tak per lah aku mencoretkan sesuatu ,Yang nampak mudah tapi payah,yang kelihatan ringgan tapi  berat yang bunyi simple dan sempoi tapi maknanya bersimpul siul..Untuk faham apa yang  diperkatakan kenalah dalami dan perhatikan betul-betul.Kena renung dan tenung betul-betul..tapi bukan seperti merenung lelaki memakai tuala tapi renunglah seperti melihat perempuan yang sedang berkemban...hehehe..renungan makrifat..
Aku yakin dan percaya apa yang  perkatakan ini ada kebenaranya jika diteliti dengan penilitian yang sempurna.Manusia tak kira muda belia atau yang tua bangka lagi bongkok,umumnya mengharapkan panjang umur,orang yang terbujur dipembaringan seperti ikan talapia atas jalan tar pun mengharapkan panjang umur tidak keterlaluanlah bila dikatakan manusia nak hidup sampai bila..Tapi yang menghairankan mereka ni nak hidup lama tetapi tak mahu tua ( Perempuanlah ni)....
Tak Percaya ke????..semua nak hidup lama..kalau tidak,tidak akan ada pelbagai tongkat dan macam -macam serba mak nenek kacip yang terjual dipasaran sekarang ni..dan juga macam-macam kaedah dan produk kesihatan sekarang ini.
Nak Hidup lama tapi tak mahu tua dan kekadang ada sesetengah yang tak mahu mengaku dirinya tua..Aci Potong kukulah kalau ada yang nak tua..Rasionalnya memang manusia ni tak siuman sebenarnya.Cuba tanya dan buat tinjauan"berapa orang yang mahu hidup senang tapi malas bekerja...Yang ingin sihat tapi takut makan ubat..Yang mahu pandai tapi malas belajar..Yang mahu dirinya dipuj,tetapi tak mahu berbuat baik..Yang nak duit banyak tetapi sentiasa pecah tabung termasuk tabung anak..Yang nak naik atas tapi takut jatuh kebawah"????...ramai kan..atau anda salah seorang darinya hehehehe...Jangan marah.
Meneliti dari fenomena ini secara halus-halusan akan menghalakan dan menjuruskan kita bahawa manusia ini bukan saja sekadar keliru dengan apa yang mereka perlukan tetapi mendorong mereka melakukan penipuan demi penipuan bukan sahaja menipu orang lain tetapi menipu diri mereka sendiri..mereka tahu yang umur panjang akan mebuatkan mereka tua,tetapi oleh kerana keliru mereka tidak mengaku,Mereka juga tahu,untuk senang mestilah bekerja tapi dek kerana malas mereka terus mengaku senang...
Barangkali anda dan saya tergolong dari kalangan mereka diatas,tetapi barangkali kita juga tidak terlewat untuk memperbaiki keadaan dan menerima seadanya..Usaha kearah itu mungkin akan memperbaiki diri kita dan kaum sejagat kita.
Dalam usaha untuk kita memperbaiki diri kita ini,mungkin elok ikut cicak..Cicak tidak merayap dilantai tapi disyiling dan sentiasa kelihatan tinggi dimata manusia.Kebanyakan masanya banyak diatas kepala manusia.
Jadi,selepas ini..janganlah kita mengharap untuk hidup lama tapi cukup sekadar hidup sampai tua.Janganlah berhajat nak senang tapi tekadkan nak susahkan diri dengan bekerja.Tak perlu fikirkan macammana nak pandai cuma  kita harus bersungguh-sunguh belajar,Tak Perlulah kita mengumpat mengata,tengok sajalah pada fakta..Jangan jadi orang lain,kalau orang lain itu kita tak kenal.
Saya yakin setelah berubah kita akan dapat hasilnya..yang tua itu akan beruban,tak perlu ditambah warnanya..lihat pada wajah, jika ada kedutan ..anggaplah itu sebagai seni abstrak yang nilainya pada garam bukan pada gula...Bukan kita bongkok tapi memberi hormat,,..sekian..salam.

1 ulasan:

LKTP1436 berkata...

Salam DJ.Amiey,

Terima kasih kerana sudi menjengok blog Pak cik Aziz, Pak cik Aziz macam biasa, berkedai dan jaga kebun.

Oleh kerana jaga kedai dan banyak masa kosong, maka sambil menunggu pelanggan datang, pakcik Aziz pun membaca akhbar, blog dan menulis blog.

Oleh kerana Amiey adalah salah seorang Generasi Felda dan Pak cik Aziz pula adalah Admin bagi Blog Generasi Felda, maka Pak cik Aziz Senaraikan sekali bloh Amiey di sana.....

Sila jengok juga di blog Generasi Felda, munkin ada blog kawan2 Amiey di sana.....

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...