Dah Dekat sangat ni.. Ye Pilihanraya Umum ke-14 makin tiba
ke detiknya… Jarang sebenarnya nak mencoretkan perihal politik kat dalam blog
ni.. Tetapi disebabkan dah dekat tulis je lah. Sekadar mencatatkan pengalaman
yang dikutip dari perkara lepas.
“ Bagaimana pandangan Dato dengan hasrat Nurul Izah untuk
mencabar Dato di kawasan Dato?” masih tergiang dan aku ingati soalan tu… “
Biarlah… Negara kita demokrasi sesiapapun boleh bertanding “ itu jawapan dari
Ketua Wanita tersebut.. “ Tidakkah Dato rasa tercabar” soalan bertalu datang..biasalah
bila kita kerja bidang wartawan ni..soalan jenis “feeder” kena pandai…” Dia budak mentah lagi, apa dia
tahu tentang politik, perjuangan dia pun bukan membela rakyat sekadar membela
ayahnya..rakyat tidak akan terpedaya”.. dan panjang lagilah yang
diterangkannya, semua menjurus kepada keyakinan… maka aku buatlah sebuah tajuk “
NURUL IZAH BUDAK MENTAH” aku tahu..artikel aku tak lepas..hahahaha.. dan
akhirnya selepas PRU..Nurul Izah menang dan Ketua Wanita tersebut menangis
tersendu sendan…
Hanya Secebis kisah dari cara pemikiran mereka yang agak
lama berkecimpung dalam sepak terajang politik, kekadang keyakinan yang
ditunjukkan itu melampaui kerana ANGGAPAN. Mereka telah dilayukan oleh kumpulan
kerja yang hanya membodek segala bantuan dan kerja yang dilakukan oleh ketua
tidak sampai ke sasaran atau sering dilaungkan oleh pemimpin besar AKAR
UMBI..ye!!! tidak menyentuh ke akar.. apatah lagi ke umbi.
Sekarang ini sibuk pula meminta di angkat cerita kejayaan
atau disebut “ success story”.. secara teorinya bagus, tapi bila dipraktik
secara keterlaluan ianya lebih kepada MENGUNGKIT.. seumpama seorang guru
berbangga dengan kejayaan anak didiknya tetapi mereka tidaklah pula melaungkan
bahawa anak didiknya Berjaya kerana dia…
Apa-apa pun aku hanya pemerhati.. bila ada yang datang meminta
pandangan..maka aku pun akan memberikan pandangan dan pendapat dari sudut aku…
itu je…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan