AKU MAKIN RAPAT DENGAN ABAH.
Setelah peristiwa pokok sawit layu dan mati, hubungan aku
dengan abah agak rapat,pokok sawit tersebut terletak di dalam ladang yang
berhampiran dengan sebuah kolam yang di kenali sebagai “ KOLAM ENCIK
SHUKOR”,menurut abah,kolam itu mendapat nama kerana dikawasan tersebut Pengurus
rancangan Felda bernama Encik Shukor terjatuh motor, lekat sampai ke hari ini (
aku tak pasti kolam tersebut ada lagi atau tidak )
Minatku bermain bolasepak memang tidak dinafikan, setiap
petang setelah balik dari ladang atau waktu kelapangan aku akan bermain bola bersama
rakan-rakan sebayaku antaranya, Kamil,Mat Karim,Hambali,J Kamarulhatta, kami
bermain dihalaman rumah Pak Ali,iatu ayah kepada Kamarulhatta atau aku panggi
Ta sahaja. Halaman rumahnya agak luas,tambahan ada dua batang pokok ciku yang
kami jadikan tiang gol, sehinggakan tumbesaran pokok ciku tersebut terbantut,
apabila Pak Ali mendirikan kedai runcit di halaman rumahnya, kami bermain di
halaman rumah Pakcik BJ iatu ayah kepada Kamil atau nama sebenarnya Musa.
Kemudian tempat permainan kami beralih ke Taman selesa iatu
taman awam yang disediakan untuk penduduk disitu, sebenarnya di taman tersebut
ada beberapa Gelanggang seperti Sepaktakraw dan Bolatampar, lama kemudian
Gelanggang gasing pangkah tradisi juga dibina disitu, seperti biasa kami
bermain agak awal iatu sekitar 4 petang kerana lebih kurang 5 lebih kami suka
menyaksikan orang yang lebih dewasa bermain sepaktakraw, Antara nama yang hebat
yang bermain sepaktakraw disitu ialah Pak Sahak,Wak Banduri, Hassan Takraw,
Nayan,Ed Gebang ,Mat Zin dan bekas pemain kebangsaan, Iskandar Arshad juga
pernah bermain di gelanggang tersebut, dia memang hebat.Ku lihat walaupun
mereka bermain petang-petang, tetapi kesungguhan jelas ditunjukan oleh mereka,
tidak hairanlah jika mereka menjadi Johan setiap pertandingan terutama Antara
Felda.
Semasa di darjah lima aku mula dapat mewakili sekolah dalam
sukan bolasepak dan sepaktakraw, disamping itu aku aktif dalam pengakap.Mungkin
kerana kehidupan aku yang agak berdirikari mejadikan aku begitu minat dalam
perkhemahan,di situ aku mengenali ramai kawan dari sekolah dan daerah lain,aku
juga telah dilantik menjadi ketua darjah, pelajaran aku semakin maju, aku
antara murid yang cemerlang dalam pelajaran dan sukan,
Aku memakai serba hitam |
Pada satu hari aku memberitahu abah yang aku dapat hadiah
sempena majlis PIBG sekolah, abah angguk je,kemudian mangatakan yang dia ke
ladang, aku kecewa, pasti dia tak dapat datang ,semasa majlis penyampaian
hadiah ku lihat tiada kelibat dia…… aku kecewa walaupun aku mendapat tepukan
gemuruh dari hadirin, tetapi semasa pementasan drama ku perhatiakn dia ada di
pintu bahagian belakang sekali, terus aku bersemangat untuk melontar
dialog-dialog dalam lakunan pentas. Perghhhh abah datang.
Semasa Perkhemahan Peeingkat Zon |
Sukan bolasepak antara sekolah telah bermula, perlawanan
diadakan setiap petang selama seminggu, sekolah aku menjadi juara zon,
seterusnya ke peringkat seterusnya. Aku dan rakan-rakanku giat berlatih, tapi
biasanya aku akan ke padang setelah habis kerja-kerja membantu abah di ladang.
“ Ni, masuk peringkat mana pulak” Tanya abah padaku ketika kami berehat setelah
menabur baja di ladang. “ Peringkat Zon Pulak, lawan Zon lain, kalau menang
pergi ke daerah” jelasku. “ masa main tu, main sungguh-sungguh, jangan
main-main” tambah abah.” Dua minggu lagi baru lawan zon” kataku pada pada abah,
kemudian abah terus bercerita dan bercerita,kisah-kisahnya.
“ Jom naik motor ni..kita balik” panggil abah ketika aku
bermain bersama rakanku dipadang sekolah, waktu itu tiada latihan. Aku jadi
pelik kerana tak pernah-pernah abah datang menjemputku waktu petang atau waktu
balik sekolah, biasa abah akan menghantar dan mengambil adik perempuanku je kat
sekolah, aku pergi dan balik hanya berjalan kaki.Aku turutkan sahaja, Bila aku
naik memboncengnya ku lihat ada topi keledar dalam raga motornya, aku agak,
mesti abah baru balik dari luar rancangan ni. ” Pergi pinjam topi abang zainal”
arah abah padaku, Abang Zainal adalah suami Kak Ani, Jiran sebelah rumah kami,
tanpa banyak soal aku turutkan aje perintah abah.
“Kita nak kemana ni?” tanyaku pada abah dengan nada yang
agak pelik, maklumlah tak pernah lagi aku membonceng motosikal dengan abah
bertopi keledar, abah diam je, dan mengarahkan aku memakai topi dan meneruskan
perjalanan, agak jauh dan lama juga aku menaiki motosikal dengan jalan yang
bengkang bengkok, melalui jambatan, segala label ditepi jalan aku baca, setiba
sampai di simpang Sungai Tekam, abah membelok, kemudian kulihat ramai orang
berhimpun di tepi padang, ada perlawanan bolasepak bisik hati kecilku.
“ Hari ini kita tengok perlawanan bolasepak persahabatan,
Kelab Sultan Sulaiman lawan dengan Tekam United” jelas abah ketika kami hampir
ke tepi padang, oleh kerana orang terlalu ramai, aku berjaya mendapat tempat
dipenjuru belakang sebelah hujung padang “ Kenal tak siapa tu?” Tanya abah
kepada ku sambil menunjukan jari telunjuk kearah seorang lelaki bertubuh sasa,
labu betis dia kemain besar, pehanya kental dan berotot, nampak urat, bermisai
dan berambut agak panjang. Aku mencebek mulut tanda tak kenal, walaupun aku
rasa macam pernah tengok “ Tu lah Mokhtar Dahari pemain bolasepak negara yang
terhebat, yang besar kat tengah tu Santokh Singh, yang putih tu Soh Chin Aun,
yang hitam tu bukan india tapi Khalid Ali “ Jelas abah kepada ku.Aku perhatikan
sahaja, masa permainan berlangsung aku tak henti-henti memerhatikan nama-nama
yang disebut abah,,wahhhh memang hebatlah, dalam pada itu aku perhatikan juga
pasukan lawan mereka, ye aku kenal.. “ itu Pakcik Bahari yang rumah kat sekolah
kan?.yang tu pegawai felda kan” tanyaku pada abah.Abah tersenyum dan mengangguk
kepala.
Mokhtar Dahari Pemain Bolasepak Hebat Sepanjang Zaman. |
Sebenarnya aku tak tahu mana yang menang dan kalah yang aku pasti palang
gol patah apabila bola tendangan Santokh Singh terkena palang tersebut.
Kemudian aku balik dengan abah, kemudian singgah di kedai
aku pun tak ingat kat mana, kami minum air bersama, itulah detik-detik yang
mengembirakan aku.Hubungan aku dengan abah semakin erat dan rapat, kebanyakan
masalah mengenai blok abah ceriatakan padaku, ada juga sesekali dia bertanya
pendapatku, walaupun aku hanya berumur 11 tahun.
Abah tidak pernah melarang
untuk aku bermain bolasepak, akhirnya pasukan sekolahku berjaya ke akhir
peringkat daerah, tapi kami kalah kerana lawan berbadan besar,seolah seperti
lebih umur, Sekolah Kebangsaan Chebong.. ye aku ingat nama sekolah tersebut.
Aku dapat mewakili daerah bersama dengan dua orang lagi rakanku, kami mewakili
daerah dan bermain di Kuala Lipis, pasukan daerah yang aku wakili mara ke final
tapi tewas kepada Daerah Pekan.Akhirnya aku dapat menyertai pemilihan untuk
mewakili negeri, tetapi aku tolak sebabnya aku tak mahu tinggalkan abah
keseorangan ke ladang. Latihan untuk mewakili negeri tu selama dua bulan, jadi
aku putuskan yang aku tak mahu pergi, abah ada juga menggesa untuk aku pergi,
aku kata aku tak mahu dia sorang-sorang dalam ladang,kemudian dia memelukku,
kali pertama aku dipeluk orang orang yang ku panggil abah.
Bersambung …. AKU DAN SEPUPU SERTA MAKCIK,PAKCIK.
Al- Fatihah Untuk Abah Yunos B.Hj.Md Alim, Abang Zainal Abidin ( Jiranku) Mokhtar Dahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan