ABAH KETUA BLOK YANG HEBAT.
Tugasan Abah di ladang biasanya siap untuk pusingan pertama
dalam 6 atau 7 Haribulan untuk pusingan pertama, kemudian dalam pusingan kedua
tugasannya siap dalam linkungan 20hb atau selewatnya 22hb. Bermakna abah
bekerja di ladang untuk memotong buah sawit dalam lingkungan 10 ke 12 hari
dalam sebulan, kata abah, dia tak mampu nak buat cepat-cepat kerana tenaganya
tidak segagah berbanding dengan peneroka yang lain.
Bila usiaku meningkat 11 tahun, abah sedikit berubah padaku,
sering kali aku dijadikan teman berbualnya, walaupun dalam banyak perkara dan
cerita dia yang lebih banyak berkata, dan aku hanya menjadi pendengar yang
setia.Adik-adikku makin besar tapi abah tak membenarkan mereka ke ladang,
mungkin tak mahu anak-anaknya kepenatan, aku akur je, sikit pun tak pernah
irihati.
Walaupun tidak memotong buah sawit tapi abah akan tetap ke
ladang,untuk memotong anak-anak kayu atau membaja, dan aku adalah peneman
setianya.Kadang-kadang abah membenarkan aku membawa motosikalnya untuk pulang kerumah
mengambil bekal yang disediakan oleh ibuku, aku faham, abah tidak mahu aku
menunggang motosikal tak tentu haluan, meronda seperti rakan-rakanku yang lain,
aku makin faham kaedah abah mendidikku sebagai anak tirinya.
Abah mendapat gelaran “ Tok Penghulu” di tempat tanah
rancanganku, menurutnya gelarannya itu melekat pada dirinya apabila beliau menyertai
lakonan pentas bangsawan anjuran Felda melalui Badan Kebudayaan Felda, Antara artis
dan pelakun bangsawan hebat waktu itu ialah Zami Mohd Nor, Mak Minah Ketot dan
ramai lagi yang aku lupa, kalau tak silap aku, Dato M.Daud Kilau, Maria Bachok
pun ada. Dalam Drama tersebut abah memegang watak sebagai Tok Penghulu dalam
pementasan Hikayat Malim Deman, seingat aku dalam satu babak, abah kena ikat
kat pokok keladi yang besar, aku tak faham sangat cerita tu, maklumlah bebudak
lagi.Semua Abah cerita dengan aku.Dalam banyak-banyak cerita rekaannya aku,
paling suka kisah Awang Mata Rabun.
Abah berperanan sebagai ketua blok, sentiasa meronda ladang,
jika ada buah yang tertinggal di kawasan blok seliaanya, akulah yang ditugaskan
untuk mencatit kawasan siapa, dan sebelah petangnya abah akan kerumah ahli blok
tersebut dan ceritakan perihal buah yang tertinggal atau ladang yang agak
semak,aku sentiasa akan diajak bersama.Jika tiada tindakan dari ahli blok, abah
akan memanggil orang lain untuk memotong sawit tersebut dan tuannya akan
didenda melalui potongan payslip.
Gambar ini sekadar hiasan |
“ Ini pokok aku, kenapa awak amik buahnya” kata Pak Ayob
pada Pak Ishak, aku hanya mendengar sahaja pertengkaran mereka dari atas motor “
Dahlah jangan bergaduh” kata abah dengan tenang. Tapi Pak Ayob dan Pak Ishak
terus berdegil sambil masing-masing membuka langkah silat “ Tok Penghulu jangan
campur… biar den selesai kan cara jantan” kata Pak Ishak, Kemuadian mereka
bertumbuk,bersepak terajang, aku perhatikan sahaja dengan penuh minat “
Sudah!!!!!!!!! Jangan berkelahi” jerit abah sambil menepuk batang sawit yang
menjadi pertikaian antara mereka, jeritan abah yang bergema sambil menepuk
batang sawit itu membuat mereka terhenti, “ Ingat!!!! Dalam masa 5 hari kalau
pokok sawit ni tak mati, jangan panggil aku Penghulu” cabar abah kepada mereka,
kulihat keduanya terdiam dan tertunduk, kemudian abah ke motor dan berkata “
amie!!! Bawak motor, kita balik”.
Sampai dirumah kulihat tangan abah dah bengkak, bila ibu tanya,abah
diamkan sahaja, bila ibu tanya kepada ku, aku hanya gelengkan kepala sambil
mengangkat bahu,tanda tak tahu. Semasa ibu ke dapur,abah memanggil aku “
Amie..nampak tak pokok yang abah tampar tadi?” “ Nampak” jawabku pendek.” Mulai
petang ni, amie pergi keladang dan ke pokok tu, dan siram dengan racun yang
dalam reban tu” “ tiap petang ke?” tanyaku.. “ Ye setiap petang sampai pokok tu
layu”.
Setiap petang aku dapat menungang motosikal Honda cup C70 MJ
2129,wahh!!! Girangnya aku, saja aku ikut jalan jauh nak ke ladang. Bila masuk
hari yang ketiga, pokok tersebut suda layu, daunnya menjadi kekuningan.” Abah
ada?” Tanya Pak Ishak yang datang kerumahku, aku angguk kepala,dan terus
memanggil abah yang baring dibilik sambil ditemani adik-adikku yang mencabut
uban abah. “ Haa kenapa Sahak?” Tanya abah dan aku pun berlalu idak mendengar
perbualan mereka, tak lama kemudian Pak Yaob pulak dating, mereka bersembang
dengan penuh kemesraan apabila aku perhatikan dari jauh.
“ Ayob dengan Sahak datang petang tadi tu,sebab apa?” Tanya ibuku
pada sebelah malamnya,aku hanya dengar dari dapur je perbualan mereka “ datang
nak minta maaf” jawab abah.. ibu tidak pula bertanya kerana apa meminta maaf.
Malam tu sebelum tidur abah bertanya tentang persekolahanku, pertama kali
beliau berbuat demekian………….
Bersambung …… AKU MAKIN RAPAT DENGAN ABAH.
#Al-Fatihah untuk Abah, Pakcik Ayob Ibrahim dan Pakcik Ishak Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan