AKU DAN SEPUPU SERTA MAKCIK,PAKCIK.
Aku dan sepupuku dibesarkan di sebuah ceruk kampong yang
jauh dengan orang ramai, kemudian apabila ibubapa berpindah menyertai tanah
rancangan Felda,kebetulan dapat tempat yang sama, cumanya rumahku ditanah
rancangan meruapakan jalan utama dan rumah sepupuku agak kebelakang.
Kami sering bermain bersama sejak dari kecil, ketika di
kampung dia tinggal bersama keluarga serta neneknya yang ku panggil Tok Dayang
dan Datuknya yang ku panggil Tokki Hussin,tokkinya sangat terkenal sebagai Tok
Peran yakni orang yang mahir dalam selok belok memburu,terutama rusa.
Mungkin kerana warisan keluarga, sepupuku yang ku panggil Zaham,sejak dari kecil sudah
pandai memburu, bayangkan!!!!
kanak-kanak berusia 5 tahun sudah tahu menjejak dan membuat jerat kancil
dan napuh.Perangkap kami sering mengena,terutama kancil dan landak.Aku memang
serasi dengan dia kerana aku lebih mahir bab-bab di air dan dia bab-bab di
hutan.
Ayah kepada Zaham ku panggil Ayahchik dan ibunya pula ku
panggil Makcik.Ibu dan makcik adalah adik beradik, mereka adalah dua beradik
yang seibu dan sebapa, manakala ada lagi adik beradik mereka yang sebapa lain
ibu,dan seibu lain bapa, yang aku ingat adik beradik mereka yang sebapa ialah,
Maklong di Kg Sawah,Ayah Ngah di Bukit Mendi,Mokde di Kampung Jengka Batu
13,manakala adik beradik seibu mereka yang aku ingat ialah Ayah Long di Pasir
Tumboh, Ayah Ngah Di Jengka 5,Ayah Chik di Jerantut Feri,Mokde Tik Di Johor,
Mak Encik atau lebih dikenali dengan panggilan Makchu Zarah di Teluk Melati dan
Mak Ngah,kesemua adik beradik mereka pernah aku temui kecuali Mokde Tik yang
beradi di Johor.Bagi mereka yang selalu berkunjung ke Pekan Sehari Chenor
sekitar 80an hingga awal 2000, pasti mengenali Makchu Zarah penjual kuih
karas,putu beras dan putu pulut.
Kuih Karas |
Ayahchik atau makcik jika membeli pakaian untuk anak-anak
mereka pasti juga akan membelikan untuk aku.Kehidupan keluarga Makcik dan
Ayahchik waktu tidaklah sesusah kehidupan Ibu dan abah aku, kerana mereka menpunyai
banyak kerbau peliharaan di kampung,mereka tidaklah semata-mata mengharapkan
hasil kerja di ladang.
Basikal Cooper |
Radio Sanyo |
Bersambung PERNGORBANAN ABAH.
Al-Fatihah untuk Ibuku Ramlah Bt Hassa, serta semua bapa dan ibu saudaraku yang telah meninggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan