Selasa, 24 April 2012

AKU ANAK GAYUNG.


Lafaz Kata pembuka bicara kali ini, semoga semuanya sihat sejahtera dilindungan yang maha Esa. Ramai yang tertanya kenapa aku meletakkan gambar Lambang gayung di "blog" ku. apa kaitan nya aku dengan Pertubuhan Seni ini.....................
Di Sekolahku dulu aku mula belajar ilmu mempertahan diri dari Arwah bapa saudara sepupu iatu cikgu Rashid yang bertugas di Felda Jengka satu. Ada pertalian darah dengan keluargaku dan aku sendiri berasal dari Chenor, dimana sejarah Negeri Pahang banyak berpusat disitu, dari Allahyarham Datukku Hasaan B.Akil yang juga adik beradik dengan Ali, Pendekar Chenor yang berkhidmat dengan Keluarga diraja, kerana sahsiah keluargaku yang terun temurun berkhidmat dengan istana, asal usul ini tidak dihebohkan oleh kerana beberapa sebab dan musabab yang bila aku seusia ini baru aku mengerti,
Ibu Saudaraku berkahwin dengan anak Tok Peran hebat iatu Tokki Hussin, yang menetap di Paya Ladang Kertau, Sewaktu zaman kanak2ku, aku dibesarkan jauh dari orang, kerana aku tokki dan tuk tinggal di satu tempat yang namanya "Jangkang" kami hanya turun ke baruh iatu Kg,Pantai Chenor seminggu sekali iatu pada petang rabu dan balik pada hari khamis petang.Kalau tidak silap ingatan ku, sebelah rumah tokki di kg,pantai ialah rumah Yaakob disebelah kanan dan Syed Agil antara orang yang disegani di kampung itu kerana kebaikannya.

Apabila berada di Jangkang aku selalu jugalah bersama dengan tokkiku kerumah tokki Hussin di Paya Ladang, maklumlah mereka berbesan dan menpunyai aliran yang sama iatu berburu dan bersilat, langkah sembah mereka menaikkan semangatku untuk terus belajar ilmu mempertahankan diri.
Puas sudah aku memujuk untuk belajar tapi hajatku tidak kesampaian lantaran umurku yang terlalu mentah.Bila aku meningkat remaja guru pertamaku ialah Cikgu Rashid dari silat Lian.
Masa berlalu dengan pantas dan aku bagaikan dahagakan sesuatu untuk mengisi yang aku arasakan bagaikan kosong. Dari Sepelet Gunung Jati Dengan Ayah Wan Chini, ke cikgu dollah Silat Sendeng.
Kemudian aku bertemu dengan Cikgu Md.Nor Senawi di Kota Gelanggi 4, beliau adalah peneroka dan berasal dari Yan Kedah, Beliau merupakan Anak murid kanan Cikgu Abdul Majid Md.Isa dan telah diamanahkan untuk mengembangkan silat gayung ke Pahang dalam tahun 70an, Beliau mula mengembangkan Silat Gayung di Felda Padang Piol kemudian beliau terus menetap di Pahang dan menjadi Peneroka Di Felda Gelanggi 4.
Aku bersama dengan 20 rakanku yang lain mula belajar dengan beliau dengan acara mandi tapak dilakukan sendiri oleh beliau, Silat Gayung menpunyai latihan fizikal yang agak keras dan akhirnya kami tinggal 7 orang sahaja, tidak cukup dengan berlatih di gelanggang kami berlatih di rumah Abg Lie, Peneroka Felda Gelanggi 3.
Kami belajar seoalah-olah rahsia, tidak diketahui sangat oleh penduduk setempat, tapi hakikatnya banyak tempat kami dijemput untuk mengadakan persembahan, antaranya dihari Keputeraan Sultan Pahang, Pada majlis SUKOM dan banyak lagi,
Aku dan rakan2ku yang lainnya telah dimandi seni oleh Cikgu Abdul Majid, Mandi seni ialah ritual dalam gayung yang membenarkan kami belajar menggunakan senjata2 melayu seperti keris,pisau,tombak,parang,tongkat,cindai..dari 7 orang tinggal 5.kerana ada yang terpaksa berhenti seketika.
Kemudiannya kami diarahkan oleh Cikgu Md.Nor untuk menjalani ujian dan mendapat bengkong peringkat hijau,merah dan kuning di Pusat Latihan di Gurun kedah, selama 3 bulan berulang alik dari Pahang ke Kedah, belajar belajar dan belajar.
Di Gurun ketika itu, jurulatih dan ahli gayung sedang sibuk menjalani pengambaran drama tv iatu Pendekar Semutar Hitam dan Terusan Wan Mat Saman, walaupun mereka sibuk, kami tetap mendapat tunjuk ajar dari Guru-guru hebat terutamanya Cikgu Awang Daud dan Guru kanan Silat Pesaka Gayung iatu Cikgu Majid.
Oleh kerana kami dilatih oleh guru kanan, tambahan pula aku dan rakan2ku dari pahang setiap masa ada sahaja ujian2 yang harus ditempuhi, bagi aku sendiri, ujian combat berhadapan dengan rakan2 seperguruan dari Kedah sememangnya tidak dapat dilupakan, Hinggakan satu masa aku dicabar sendiri oleh Abg Bat ( Jebat) Abd.Ghafar Majid dan juga Allahyarham Zulkanain Daud,
Antara Peristiwa yang menjadi kenangan ialah pemberontakan di Pulau Pinang berkenaan kawasan masjid mahu dijadikan kuil, seorang rakanku kudung sebelah tangan kerana melanggar amanat Cikgu Majid.
Kemudiannya Peristiwa di Kelang, sehingga kini seorang rakanku ( Bukan ahli gayung)menjadi sasau dan trauma melihat kami bertempur di Kg.Jawa.
Setelah tamat semuanya, hubungan kami sememangnya akrab, ada masa rombongan dari Kedah akan datang ke tempatku ada masanya kami akan berlatih di Gua Kota Gelanggi dengan tunjuk ajar.................. Biasanya di Bulan Ramdhan antara jam 2 hingga ke sahur. seperkara yang aku ingat " MELAYU AKAN HANCUR KERANA FITNAH"...............................
Kadang-kala murid dan guru ada selisih pendapat, tetapi dalam apa keadaan sekalipun guru tetap dihormati, lantaran sikap seorang rakanku, aku dan yang lainnya termasuk Abang Nasir Bilal Khan telah dihukum kerana mendurhaka.. itu adalah secebis kenangan aku...airmata pasti menitis bila bengkung kuning ini dipakai kepinggang dan terus teringat dan Al-Fatihah buat rakan seguruku Zaki Abdullah..
Catatan Kenangan dan amanah tetap dipegang walaupun hingga kini dan tergiang-giang ditelinga dan bulu roma meremang bila sajak turun temurun yang dicipta oleh Mahaguru Allahyarham Meor Abddul Rahman.

Dengan Bismillah mula dikata
Mengingkatkan kebesaran Allah yang mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan mahulah diserta

Seni Gayung Payung Pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan di purbakala
Ilham Menyusun zahir semula

Lembaganya bersih nyawanya suci
Berseru kepada putra dan putri
Agama yang mulia junjunglkah tinggi
Belalah bangsa, adat dan negeri

Gayung mencantum bersatu padu
Mengingatkan junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
selamat sejahtera hajat dituju

Matahari terbit di Palembang siguntang
Tanahnya subur ditanam padi
Keris dihunus,dipegang dijulang
Kesatriaan pahlawan timbul kembali

Gayung emas kendi pusaka
Bekalai air raja kesakti
Keris kuhunus langkah bermula
Bangsa melayu sudah terpuji

Besi Kuning besi sakti
Anak panah sang rajuna
Kembali gayung kebudayaan asli
Di tanah melayu hulubalang tua

Tempana nipis nama asalku
Keris pusaka satu dewangga
Niat durhka pada rajaku
Taming menyerah keris pusaka

Tempana nipis nama asalku
Besi tua ditanah jawa
Hidup kembali kebudayaan bangsaku
Tidak melayu hilang didunia

Majapahit nama negara
Tempat ratu raja jawa
Kalau diguna akal bicara
Kebudayaan melayu subur semula

Seni Gayung seni asli
dari pusaka ibu pertiwi
Umat melayu menjunjung tinggi
Akhir hayat tidak dilupai

Seni Gayung sudah terpuji
Dijunjung oleh seluruh negeri
Pemuda pemudi harus pelajari
Agar gayung kekal abadi

Seni Gayung seni melayu
Tidak senang untuk ditiru
Taat setia untuk mengaku
Supaya menjadi lambang melayu

Seni Gayung seni pusaka
Dipimpin oleh putra negara
Supaya dapat taat setia
Amanat Guru harus dijaga

CIPTAAN MAHAGURU DATO MEOR ABDUL RAHMAN D.P.C.M TAHUN 1942


Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...