Isnin, 16 April 2012

BIODIVERSITI

BIODIVERSITI

Biodiversiti adalah jumlah dan kepelbagaian keseluruhan organisma hidup di dunia yang membekalkan kepada kita sumber makanan, produk perubatan dan industri. Pemuliharaan biodiversiti penting untuk negara membangun seperti Malaysia supaya sumber genetiknya dapat dieksploitasi secara  berkesan. Biodiversiti dan pengurusan sumber semulajadi perlu dikawal supaya hasilnya dapat dimanfaatkan untuk jangka masa yang lebih panjang. Pengetahuan asas dan meluas mengenai biodiversiti sumber ini di Malaysia,
interaksinya dengan persekitaran dan pengurusan ekosistem yang sistematik adalah perlu bagi mengoptimumkan perkembangan industri di Malaysia. Integrasi yang sistematik di antara pengetahuan asas dan analisis saintifik yang canggih boleh meningkatkan penghasilan produk yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.


Kenapa Biodiversiti perlu dikekalkan? 
Biodiversiti adalah penting bagi memastikan ekosistem kita dapat berfungsi dengan baik dan normal.Setiap komponen ekosistem adalah berhubung kait di antara satu sama lain, sama ada secara ringkas ataupun kompleks. Kehilangan sesuatu spesies akan menyebabkan kesan yang buruk kepada keseluruhan ekosistem. Tumbuhan dan haiwan sangat penting di dalam hidup manusia. Ia bukan sahaja berguna untuk tujuan penyelidikan, pengajaran, dan rekreasi tetapi juga sering ditonjolkan di dalam karya-karya kesenian dan  kesusasteraan.Di banyak kawasan di Asia, hasil hutan dapat membekalkan sumber pendapatan tambahan kepada petani. Namun, pembangunan dan pemusnahan hutan akan menjejaskan biodiversiti di sesuatu kawasan.Kehilangan biodiversiti ini bererti kehilangan sumber gen yang berpotensi untuk dieksploitasi bagi kepentingan manusia sejagat. Nilai biodiversiti adalah terlalu tinggi dan sukar untuk diukur. Diversiti fauna dan flora yang tinggi di Malaysia harus dipelihara dan dikekalkan. Kehilangan biodiversiti dan kemerosotan persekitaran akibat daripada pembangunan yang pesat dan tidak dikawal akan menghasilkan kesan yang negatif kepada negara dan masyarakat. Keseimbangan perlu wujud di antara pembangunan dan pemuliharaan biodiversiti

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...