Khamis, 19 April 2012

CERITA BARU DIPAWAGAM

Bukanlah untuk menghina sesiapa atau mengatakan yang di sana benar atau di sini betul.Tetapi akhir2 ini..kemana aku pergi inilah cerita yang sentiasa didengari.Semuanya memberikan pendapat dan andaian masing-masing, ada yang kontra dan menyokong.. Apa yang disokong aku sendiri tak tahu, apa yang dibangkang aku pun tak pasti.Ada yang diupah untuk membangkitkan isu dan memainkan sentimen dan ramai jua yang menjadi pak turut tanpa usul periksa. Kekadang kita menyokong sesuatu perkara hanya berdasarkan logik akal dan tidak mahu amil tahu apa yang sebaliknya, yang tersirat lebih besar makna dan natijahnya dari apa yang tersurat.Sama-samalah kita saksikan walaupun tidak mahu, kerana ianya berlaku di Negara kita yang kita sayangi.Prinsip asas kepada Rukun Negara perlulah dan harus atau kata yang lebih menggerunkan "wajib" kita ketahui.dalam hidup ini kita perlukan  benda lain bagi menggambarkan diri kita bagaimana?.. kita memerlukan cermin..kerana jarang cermin yang menipu tentang diri kita... tapi cermin itu hanya sudut luaran. yang dalaman hanya kita saja yang mengetahui,itupun jika kita nak ambil tahu..Yang Pastinya kita tidak akan menceritakan kurap dan panau yang ada di badan kita kepada orang lain.
Jom saksikan di PAWAGAM hati anda..........



1 ulasan:

haniza bt mohd nasharuddin berkata...

Mudah aje..sebagai seorang pemimpin islam mesti menjalankan tugas mengikut panduan Al-Quran,jika tidak mahu ikut,kita tolak aje.
cuma fikirkan bagaimana nak menyedarkan masyarakat tentang perkara ni,krn masy hari ni dah jauh terpesong dr landasan islam.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...