Maksud Ayat Dalam Surah al-Ma'idah
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanya ( Kepada Nabi ) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu.dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran,tentulah akan diterangkan kepada kamu Allah maafkan (kamu) dari ( Kesalahan bertanyakan ) perkara-perkara itu ( Yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran) kerana Allah Maha Pengampun,lagi maha penyabar"
Huraian.
Isalam adalah agama yang mudah.Mudah dalam ertikata dapat dilaksanakan di semua tempat,sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrah kejadian manusia, oleh kerana isalam adalah agama yang mudah,maka tidak sewajarnya diperberatkan dan dipersulitkan dengan sikap mempersoalkan dan mempertikaikan suruhan dan larangan Allah S.W.T selain menghalang sesuatu pertintah itu dilaksanakan dengan sempurna. ia juga boleh menimbulkan perbalahan dan keraguan pada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Allah S.W.T tidak membebankan hamba-Nya melaksanakan sesuatu amalan baik kecuali sekadar kemampuan mereka
Kesimpulan
Islam adalah agama yang mudah dan praktikal.Memberatkan perkara yang mudah sehingga melampaui batas kemampuan manusia hendaklah dijauhi. Islam tidak menyusahkan umatnya,sebaliknya manusia sendiri menyusahkan diri mereka.
Sumber : Ustaz Haji Sulaiman Awang
dan Koleksi Artikel Tafsir keluaran JAKIM siri 1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERJAYA ITU SUKAR
Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...
-
Sebelum bekerja atau masuk konti kebiasaan, dengar dulu lagu yang nak disiarkan dan membaca buku atau membaca apa jua tulisan yang mungkin m...
-
CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusa...
-
Gambar Hiasan - Buah Cempedak. BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG...
1 ulasan:
Ramai yg pandai ungkapkan,tapi xfaham maksud sebenar ayat tu.cthnya isu b'tudung,ramai yg banggapan,asal pakai tudung,tutup dah aurat dah cukup.mmg benar,tapi tak berapa tepat,selain tutup aurat,kita juga kena elakkan tabaruj.jgn pakai shaul pelik2,tudung mcm serban mcm yuna.
Islam itu mudah,hanya bg mereka yg berilmu.Mudahnya islam ditujukan dlm rukhsah.cthnya klau sakit,xboleh bangun Allah xmenyusahkan kita.DIA bg kita solat secara duduk,jika xmampu,boleh solat bbaring.Jgn sampai tinggalkan solat.Bg musafir,rukhsah bg mereka adalah solat jamak dan qasar.Bg yg bpuasa,sakit tenat,maka xdiwajibkan bpuasa.
Bila kita b'ilmu,segala pasal islam akan jadi mudah.ingat tu.....
Catat Ulasan