Isnin, 23 April 2012

CATATAN SEORANG AKU

AKULAH PENYAIR YANG TURUN DARI GUNUNG
BERATUS TAHUN TELAH KU DUDUK DI SITU
BERATUS-RATUS TAHUN
KINI KU TURUN KE LEMBAH
MELIHAT MANUSIA
MISKIN KAYA,TAWA HIBA
HIDUP MEREKA MELATA-LATA
TANGAN KU GENGGAM
KU JULANGKAN KE UDARA
AKAN KUJERITKAN,BAGAIKAN HALILINTAR........
Bait-bait diatas sememangnya aku hafal, maklumlah selama 10 hari aku terperap di hutan Lata Kumbang di Merapoh Kuala Lipis ketika aku mengikuti kursus Jati Diri, masih ku ingat ketika itu aku masih lagi terlalu mentah untuk mengharungi kehidupan dihutan, kalau tak silap umurku waktu itu sekitar 18 tahun, kami semuanya seramai 30 orang dikumpulkan disitu dari seluruh negeri Pahang, diajar sepenuhnya dengan ilmu dan semangat Melayu PAHANG.. segala cerita sejarah mengenai tokoh-tokoh hebat diceritakan dan diperhalusi akan semangatnya tidak kiralah mereka ini dari haluan mana,
Kami dipecahkan beberapa kumpulan dengan keanggotaan ahli kumpulan seramai 6 orang, dan dalam kumpulan ku terdapat 2 orang budak asli, Jamil dan Ella namanya..dari Lata Kumbang Merapoh kami dikehendaki berjalan ke Kg.Raja Cameron Highlands berbekal kompas dan peta serta tunjuk ajar dari Komando 69 Ayah Hamid..Pelbagai rintangan dan cabaran ditempuhi.Setiap petang kami dikehendaki mendirikan khemah di tapak yang diarahkan. biasanya kumpulan aku yang akan sampai dulu kerana kebijaksanaan Jamil dan Ella tentang selok belok hutan.Disebelah malamnya kami akan ditekan tubi dan diasak oleh penceramah yang boleh menjadikan kami gila,kerana mereka sememangnya pandai dan mahir dalam mempermainkan emosi dan semangat.Api perjuangan watan sentiap ditiup...

Walinong layang sari,
Puteri yang cantik
Turun bermain ditaman sayang
memetik bunga-bunga
Menyusun bunga,..............................

Semangat dan cerita epic Negeri Pahang yang ada kaitan dengan Gunung Tahan sentiasa meniti dibibir Jamil...aku hanya mendengar sahaja... sesekali cuba menyampuk..Kehebatan Ella, gadis asli ialah kepantasan dia berjalan dan mengesan jejak memang aku kagumi.. pendek kata selama sepuluh hari aku berada dihutan bersama dengan kumpulan "Suria Jingga"... aku dapat menikmati pelbagai buah-buahan hutan dan juga Haiwan lazat santapan diraja zaman dahalukala..
Itulah antara secebis kenangan dan kisah aku sebagai anak Pahang, " AL-FATIHAH" buat rakan sekumpulanku Fahsuri yang meninggal dunia di Indonesia sewaktu mendalami ilmu agama disana,tidak tercapai hasratnya untuk menjadi penceramah dan pendakwah, beliau pergi buat selamanya setelah 1o tahun aku mengenalinya di Lata Kumbang Merapoh Kuala Lipis...
Apa dah jadi dengan tempat itu sekrang ni????.. Lata Kumbang mendapat namanya kerana air terjun berbunyi seperti kumbang diwaktu malam...memang mendamaikan
sekian............

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...