Ahad, 8 April 2012

ILMU PERISAI FITNAH

Maksud Ayat Surah Al-Hajj: 54
"Dan juga supaya orang-orang beroleh ilmu mengetahui ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu,lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya ; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin mereka orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus" 


HURAIAN
Fitnah dan khabar angin merupakan gejala kepada kerosakan masyarakat yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan perbalahan.Mereka yang tidah berhati-hati dan menerima fitnah berkenaan akan menjadi agen khabar angin dengan menyebarkan kepada orang lain
Oleh yang demekian,ayat ini menegaskan bahawa ilmu merupakan perisai kepada manusia dalam menghadapi cabaran-cabaran ini.Orang-orang yang diberikan oleh Allah S.W.T ilmu pengetahuan akan menjadikannya sebagai neraca dalam menentukan yang hak dan batil sehinggalah mereka benar-benar menyakini bahawa kebenaran itu datangnya dari Allah dan tunduk patuh kepada Allah S.W.T dengan hati yang tenang
Secara tidak langsung ayat ini juga menegaskan perlunya orang-orang mukmin itu menuntut ilmu yang menjadi pertunjuk jalan kepada mereka dalam menghadapi golongan yang sering menimbulkan tipu daya dalam pelbagai untuk mengarah kepada perlakuan maksiat kepada Allah S.W.T

KESIMPULAN
Fitnah merupakan agen kepada kerosakkan dan perpecahan masyarakat, oleh yang demIkian. umat Islam perlulah menpunyai ilmu yang menjadi perisai kepada mereka dalam menghadapi tipu daya dan fitnah dari golongan yang menderhaka kepada Allah S.W.T.Sesungguhnya Allah S.W.T adalah pemimpin kepada orang-orang yang beriman.

Sumber Rujukan
Ustaz Haji Sulaiman b.Awang
Koleksi Artikel Tafsir keluaran JAKIM

1 ulasan:

haniza bt mohd nasharuddin berkata...

Lelaki xterlepas dr fitnah '3 ta' iaitu harta,wanita dan takhta.sentiasalah amalkan doa2 dr ayat suci al-quran dan amalkan agar dijauhi dr fitnah.kdgkala bila kita difitnah mungkin ada hikmah yg Allah saja yg tahu..oleh itu sentiasalah muhasabah diri..tapi jika dilihat dunia skrg ni media2 bnyk memainkan peranan fitnah menfitnahti,kewartawanan dan penyampai juga akan disoal diakhirat kelak.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...