Ahad, 15 April 2012

BAHANA FITNAH

HAMMAD BIN SALAAH di dalam kitabnya yang berjudul Tanbih Al-Ghafilin menceritakan:-
"Ada seorang kaya ingin menjual hamba abdi kepada seseorang,lalu berkata kepada pembelinya,budak ini bagus dan tidak ada cacatnya,cuma satu saja perangainya suka membuat fitnah.Maka pembeli menganggap ianya perkara kecil lalu membeli budak tersebut"
Setelah beberapa hari budak abdi itu bersama tuan barunya, budak abdi tersebut menemui isteri tuannya dan berkata " Saya mendapat tahu yang suami puan akan berkahwin seorang lagi dan dia sudah sayang kepada puan, sekiranya puan mahu suami puan sayang kepada puan dan tidak berkahwin lagi,maka puan hendaklah mencukur janggut suami puan di bahagian leher ketika suami puan sedang tidur dan jangan beritahu kepada"
Selepas itu,budak abdi tersebut pergi pula kepada tuannya dan berkata " Saya dapati isteri tuan bermain cinta dengan lelaki lain,mereka bercadang untuk membunuh tuan ketika tidur,kalau tidak percaya,cubalah tuan pura-pura tidur dibilik tuan".
Tuan itupun masuk tidur dan ketika itulah isterinya masuk kedalam bilik tidur dengan membawa pisau cukur.Perlahan-lahan dia menuju kearah suaminya untuk mencukur janggut dibahagian leher, si suami benar-benar menyangka isterinya mahu membunuhnya, lalu dia bangun dan mengambil pisau cukur tersebut dan membunuh isterinya.Apabila berita pembunuhan itu diketahui, datanglah ahli keluarga perempuan yang mati itu untuk menuntut bela dan membunuh si suami pula dan datang pula keluarga si suami,juga mahu menuntut bela, maka terjadilah pergaduhan diantara kedua-dua pihak dan ramailah yang terkorban.

Ulasan :-
Kerana fitnah manusia akan berpecah dan saling menumpahkan darah, kerana fitnah jugalah sesuatu kaum itu akan hancur..Gejala firnah begitu meluas sekarang ini dengan kecanggihan teknologi dan kepantasan fitnah itu disebarkan amat menggerunkan..Mereka sanggup memfitnah sesama sendiri demi mendapat kuasa dan kedudukkan..

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...